Pages

Saturday, 17 March 2012

nak gunting rambut pun kena buat appoinment/booking

Assalamualaikum....

Minggu nie dah masuk minggu yang ke 9 aku ada kat Pisa..dah tak lama dah....lagi 4 minggu ja...yeahhhhhhhh....rindu bangat sama malaysia...
dah hampir 9 minggu la jugak rambut aku tak berpotong...dah rasa sangat berserabut walaupun tak la panjang mana dan tak la banyak mana pun rambut yang tumbuh segar kat kepala ni...dah puas taruk pelbagai "baja",tak lebat-lebat jugak....tinggal tak taruk baja organik je lagi....
dengan perasaan yg merasakan bahawa rambut ni perlu dipotong,aku seawal pagi dua hari lepas,aku membulatkan hati dengan memonteng kerja dan berjalan-jalan sekitar kawasan yang dinamakan Corso Italia mencari kedai aka saloon rambut...Corso Italia ni adalah laluan pejalan kaki dan jugak  berbasikal sepanjang hampir 300 meter menuju ke stesyen keretapi dan jugak stessyen bas....laluan corso italia dipenuhi dengan deretan kedai-kedai....

Jalan punya jalan dan di penghujung laluan ada sebuah kedai gunting rambut...apa lagi...terus ja aku masuk tanpa memberi salam....kalau bagi salam pun belum tentu dia jawab...

belum sempat nak duduk..si tukang gunting yang sedang melaksanakan tugas hakiki kat sorang pelanggan,terus ke kaunter,ambik buku dan tanya nama aku...dia cakap dalam bahasa itali....hehehe...aku speeking balik ngan dia..campur italian ngan engglish...

bagi tau nama dan bagitau nak potong rambut...katanya  nama aku tak dak dalam senarai dan kalau nak potong rambut kena booking/buat appoinment dulu.....haaaa!!! terperanjat beruk aku...mana aku tau polisi kat sini kalau nak potong rambut kena buat appoinment....huhhhh....hebat....hebat..ramai sangat  ke costumer sampai kena booking tarikh....nampaknya minggu depan je la kena datang balik..


gambar sekadar hiasan...kalau dapat kerusi mcm nie,boleh lena terus....

No comments:

Post a Comment

komen

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...