Pages

Thursday, 28 July 2011

harimau malaya

malam nie pastinya ribuan manusia dengan pakaian kuning dan biru akan membanjiri stadium nasional bukit jalil menyaksikan perlawanan kelayakan piala dunia pusingan kedua zon asia..akhbar-akhbar tempatan hari nie  kalau kita tgk kat helaian belakang,kebanyakannya tulisan berkisar tentang perlawanan yang akan berlangsung malam nie...ribuan  malah boleh dikatakan jutaan peminat mengharapkan pasukan kesayangan kita harimau malaya akan mengaum,menggunakan seluruh peluang dan pengalaman yang ada untuk mengalahkan pasukan tetangga,singapura...

sorang kenalan yang kiranya bertuah sebab  dapat tiket menyaksikan perlawanan smalam nie ,sekarang (4.00 petang) dah berada di sekitar stadium nasional bukit jalil...  seawal jam  3 petang tadi dia dah sampai sana ....semata-mata nak dapat parking...ye la kan...hampir 85 ribu tiket terjual... jalan-jalan raya sekitar stadium pastinya akan jem giler....

aku tertarik dengan sehelai t-shirt yang dipakai oleh kenalan sorang nie...belakang baju ada cetakan bertulis

 "IF YOU'RE ASHAMED TO STAND BY YOUR COLOURS ,YOU BETTER SEEK FOR ANOTHER FLAG - MOKHTAR DAHARI....perghhhh...baguih dok ada punya ayat.....so pikir-pikir la sendiri...

Friday, 22 July 2011

singgah menjamu selera kat Doli,Taiping

rabu lepas aku ngan family ke taiping bandar warisan...tujuan utama  ke sana ,melawat mak saudara yang baru lepas buat operation Tyroid kat hospital taiping...
bila dah sampai ka taiping sedikit sebanyak mengimbas kembali kenangan semasa zaman2 student dulu...aku pernah buat praktikal kat hospital taiping selama 3 bulan ...kat jabatan kemalangan dan kecemasan...seingat aku tahun 2002...kiranya setiap selok belok kawasan hospital pada waktu tu dah jadi macam kacang putih untuk aku...cakap je nak ke mana...short cut...long cut..asal boleh...tapi sekarang nie dah terlalu banyak perubahan...bagunan semakin banyak berdiri teguh dan ada yang masih dalam pembinaan...kalau disuruh aku berjalan kaki dari wad ke jabatan kecemasan,mau nya tersesat aku....

dah alang-alang ke taiping nie,.kitorang singgah kat tempat makan yang kiranya femes le kat taiping nie........Doli,koey teow goreng..meh tgk





 Koey Teow Goreng Special...puas hati ...udang bertimbun...


tapau bawak balik...bungkusan dia pun hebat....

Koey  Teow Goreng biasa...

Tuesday, 19 July 2011

berani giler mamat nie...

terbaca satu berita yang menarik tentang sorang peminat bola sepak...sorang mamat nie dengan selamba dan berani pakai jersi Man.United  ketika menyaksikan team liverpool buat latihan kat stadium bukit jalil...cari nahas tu...perbuatan tersebut telah meng"angin"kan peminat-peminat liverpool...untuk berita lanjut baca sini....

menjamu selera kat Secret Recipe Jusco,Perda

semalam aku ngan family jalan-jalan cari makan dan kitaorang singgah menjamu selera kat Secret Recipe Jusco Bandar Perda ..dah lama aku tak menjejakkan kaki kat secret recipe nie,namun akhir-akhir nie semenjak keluarnya satu notis dari pihak secret recipe yang menafikan  masalah berkaitan status makanan mereka ,maka semalam tergerak hati nak p menjamu selera kat sana...







special kid's meal untuk anak sulung aku.. teruja anak aku tengok set meal nie......4 burger yang kecik bersama kentang goreng berbetuk huruf...yummy..dia habiskan kentang tu je...burger kecik tu  ayah ngan ibu dia tolong habiskan...
                         Noodle in Tom Yam Soup...besar giler mangkuk dia..tak larat nak habiskan...

                                     ibu ngan anak tengah enjoy......makan puas-puas
                                                   Beef Lasagna...

choc cheese berries cake....."TERBAIKKKK"


Monday, 20 June 2011

tahniah untuk pasukan harimau malaya

tahniah aku ucapkan untuk pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia kerana berjaya mengalahkan pasukan Myanmar dalam perlawanan persahabatan semalam ...harimau malaya menang 2-0..perlawanan  berlangsung di stadium Mohammad ke 4 di kota bharu,kelantan..

gol-gol disumbangkan oleh Amirulhadi Zainal dan baddrol...ramai muka-muka baru diturunkan kali ini dan Alhamdulillah,mereka berjaya menggalas tugasan yang diberikan dengan sempurna...ini lah semangat "MALAYSIA BOLEH"!!!!!!..

dan satu lagi perlawanan pra olimpik...skuad bolasepak olimpik Malaysia  terikat 0-0 dengan lubnan dalam perlawanan kelayakan yang berlangsung di Beirut....

Tahniah...tahniah...

Saturday, 11 June 2011

jom derma darah

assalamualaikum...

meh ramai-ramai kita pakat pi derma darah esok kat Pasaraya Sunshine Square,bayan baru.Penang...
program bermula jam 10.00 pagi hingga pukul 5.00 petang..
anjuran Sunshine Square bersama Unit Transfusi Perubatan Hospital Pulau Pinang.

Setitis darah,Segunung harapan

Wednesday, 8 June 2011

BEN ASHAARI AJAK KRITIK BLOG AKU

Santai Bersama BEN ASHAARI


join satu lagi segmen dari bro Ben Ashaari...so sapa-sapa nak join cuba KLIK SINI untuk dapatkan maklumat lanjut..

meh-meh sapa nak kritik ke atau nak bagi pandangan atau pendapat anda tentang blog aku nie anda dialu-alukan demi untuk membaik pulih apa yang terkurang dan apa yang terlebih...

Wednesday, 1 June 2011

Tuesday, 31 May 2011

akhirnya aku ada header

Ribuan dan jutaan terima kasih aku buat WanCikguMuzik yang bersusah payah buat header untuk blog aku nie...selama nie blog aku simple sangat...tanpa header... (yg sebenarnya aku tak pandai pun nak buat header..hehehehe)...so korang tengok le sendiri hasilnya...

credit sekali lagi untuk si pembuat header nie...kepada blogger2 baru dan sesapa  yang tak ada header dan "terasa" nak buat ikut citarasa korang sila le  KLIK DAN BUAT TEMPAHAN DISINI .(wa promote lu la cikgu wan...hehehehe)

Friday, 27 May 2011

~~cari parking kereta

Entry nie aku buat sambi-sambil bosan tunggu wife shopping barang dapur  kat jusco bandar perda,bukit mertajam... lepak-lepak dalam kereta..bukak laptop....sebelah tangan menaip sambil sebelah lagi pegang anak bongsu...dan  tengah perhatikan jugak yang sulung tgh tidor...

macam-macam gelagat manusia kat tempat parking nie...salah satunya....ada sorang awek comei nie ngan kawan dia  tgh dok cari kat mana diorang parking kereta...lebih kurang 15 minit pergi balik...tak jumpa-jumpa...siap berpecah lagi...sorang kesana...sorang kesini...

oleh sebab kesian tgk diorg...aku keluar cakap kat sorang awek tu minta dia tekan je remote alarm kereta dia,kalau dah berbunyi tu senang sikit nak cari...so dia pun dapatkan kawan dia yang pegang kunci kereta...bila remote ditekan maka menjerit-jerit la alarm memecah kesunyian di tempat parking...dan kesemua beralih pandangan ketempat datangnya bunyi itu..laaaaa..dekat jaaa...hanya bersebelahan si penekan  remote.alarm..dalam hati aku berkata"macam mana la dia nie boleh tak perasan,kereta ada sebelah dia je,dari tadi dok cari pi balik,pi balik"...hehehehe

ishhh..lain kali  ingat le kat mana korang letak kereta,terutamanya kat kawasan parking yg luas...nasib korang baik kalau kereta korang ada alarm... kalau tak,ermmm...pandai-pandai le pikir sendiri (ehhh...ada lagi ke kereta yg tak ada alarm)..

Thursday, 26 May 2011

BEN ASHAARI AJAK SERBU BLOG BARU

ASSALAMUALAIKUM

satu lagi segmen yg aku join hari nie...
 kali nie segmen dari otai BEN ASHAARI..

BEN ASHAARI AJAK SERBU BLOG BARU..khas untuk blogger2 baru

Santai Bersama BEN ASHAARI

so kalau korang nak tahu lebih lanjut pasai entry /segmen nie sila le TERJAH SINI

"segmen mencari 100 blog list utk dilawati"


dok asyik blogwalking...aku terjumpa satu segmen nie...terasa nak join pulak...pemilik blog nie JOKER GIRL...so kalau korang nak tahu lebih  lanjut cuba rajin-rajinkan tangan  KLIK SINI 

Tuesday, 24 May 2011

travel ke putrajaya

Assalamualaikum..

Semalam hari  yang  sangat2 meletihkan...... letih sbb travel....semuanya gara2 nak ke putrajaya atas alasan kena menghadiri satu majlis perasmian dan orientasi untuk pelajar dan penyelia  latihan jarak jauh (KLIK SINI) ...

perjalanan bermula seawal jam  12 tgh malam di hentian bas ekspress sg nibong pulau pinang...aku bersama dua rakan dah tempah tiket 2 hari sebelum bertolak..time nak beli tiket macam2 kemudahan yang bakal disediakan atas bas nanti...antaranya ada

.tv sorang satu kat setiap tempat duduk dan
.kerusi urut

kitaorang axcited giler nak g putrajaya naik bas...almaklum le masing2 dah lama tak naik bas..seingat aku,..last skali aku naik bas tahun 2006...

perasaan hampa membelungi diri bila  melabuhkan punggung kat kerusi empuk bas..tv yg dijanjikan hanya sekadar nampak wajah sendiri...tak boleh bukak...dah tu member kat blakang tv langsung tak dak...hanya wayar terjujur keluar...aku try press untuk kerusi urut...hampeh!!!..ingatkan mcm mesin urut ogawa ke...yang dapat hanya gegaran kecil...langsung tak  geli...hehehe...aku rasa kalau gegaran mcm tu baik x payah letak funtion kerusi urut...gegaran bas lagi kuat dari kerusi urut..

tepat jam 12.15 minit pagi bas bertolak...aktiviti aku dalam bas malam tu hanyalah tidor....kitaorang samapai kt hentian puduraya pukul 4.30 pagi...lajukan bas tu....sementara nak tunggu pukul 6 kitaorang lepak2 area pudu...

seriously aku tak cekap sangat nak naik tren  ke putrayaja so terpaksa la mengekor rakan2 lain...naik train  turun train...naik bas turun bas dan akhirnya sampai jugak ke komplek E,Presint 1 bagunan Kementerian Kesihatan Malaysia...

8.00 pagi bermulalah majlis perasmian dan orientasi pelajar-pelajar ......

alhamdulillah majlis yang dijadualkan abis pukul lewat petang  berubah ke pukul 2 petang...maksudnya boleh balik terus ke penang le ..tak payah lepak satu hari kat putrajaya...

kitaorang ambik tiket  bas pukul 5.30petang untuk balik ke penang...sebelum tu plan nak jejalan dulu area pasar seni dan petaling stret..lepas habis ronda kat pasar seni tetiba je hujan pulak turun renyai2...membantutkan betul le plan kitaorang...dan sebulat suara kitaorang ambik keputusan lepak je kat hentian pudu...

pukul 5.45 bas bertolak dari hentian puduraya dan sampai kat hentian sg nibong penang pukul 10.45malam...
Seharian yang amat2 meletihkan...



Saturday, 21 May 2011

doa di awal pagi


YA ALLAH YA TUHAN KU ,

AKU BERSYUKUR KEPADA MU,
KERANA DIBERI PELUANG UNTUK TERUS HIDUP,
BAGI MENGEJAR DAN MEMPERJUANGKAN CITA-CITA,
UNTUK BERBAKTI KEPADA,
AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

YA ALLAH YA TUHANKU,

JADIKANLAH PERMULAAN HARI INI,
SEGALA KEBAIKAN BAGI KU,
PERTENGAHAN HARI INI,
SEGALA KEJAYAAN BAGIKU,
DAN ENGKAU AKHIRILAH HARI INI,
DENGAN SEGALA PENCAPAIAN BAGIKU,

YA ALLAH YA TUHANKU,

ENGKAU JADIKANLAH,
 HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM,
DAN ENGKAU JADIKANLAH,
SETIAP PEKERJAAN YANG AKU LAKUKAN HARI INI,
LEBIH SEMPURNA DARI HARI SEMALAM..

AMIN ..


Friday, 20 May 2011

join segmen bloglist abgteror/tanah tumpah darahku


Dimana anda dilahirkan?
Negeri Kedah

Dimana anda dibesarkan?
Penang

Negeri pilihan anda untuk dimasukkan ke dalam senarai bloglist abgteror.
Penang

Ceritakan sedikit mengapa anda memilih negeri tersebut.
Tempat jatuh lagikan dikenang...banyak kenangan pahit manis di penang...



jom join segmen nie..untuk maklumat lanjut  KLIK SINI

study

edisi pecah kepala sudah bermula...masih mampukah otak aku yg dah tua nie nak terima,mentafsir,menaakul,dan keluarkan balik segala2 yang akan pelajari...ini la penyebab kepada masaalah aku...


bermula dari minggu hadapan sehingga  pertengahan tahun 2013  aku terlibat dengan LATIHAN JARAK JAUH (DISTANCE ASSISTED TRAINING – DAT) JURUTEKNOLOGI PERUBATAN NUKLEAR DI BAWAH PERJANJIAN KERJASAMA SERANTAU, AGENSI ANTARABANGSA TENAGA ATOM (IAEA)..2 tahun jugak tu..org cakap,kejap je tu..pejam celik pejam celik dah 2 tahun...ye la tu..kalau pejam celik dok  buat kerja hakiki tak pa la...nie nak kena study beb... dah tu nak tumpukan kat kerja yang sedia ada..
apa2 pun aku harap dapat buat yang terbaik demi untuk diri sendiri dan masa depan kerjaya....doakan aku yeee...
Okay, let's make a deal. I win the iPad 2, you win the movie passes. Win-win for both of us right? #Churp2race

Monday, 16 May 2011

isi masa lapang

crazy bird...mainan yg menjadi kegilaan pengguna iphone...ye ke?..aku main agak je sbb aku tengok 3,4 orang pemilik iphone kt opis nie asyik main game crazy bird ...main dengan kusyuknya....dan pernah aku cuba main...rasa mcm best la pulak...sampai bila nak pinjam iphone org lain ekkk...so aku pun beli le sebijik iphone....hehehe...yang tu hanya satu gurauaan ...giler ape..semata2 nak main game tu sanggup nak g beli iphone...tak maunye...

aku try cari game tu kat google chrome...haaaa...ada pun..main kat laptop lagi best...gambar pun besar...

kalau korang rasa nak cuba main game angry bird nie sila klik SINI



seharian di kampung

abg irfan main sorok2...risau aku ,takut si abg nie menyorok celah2 pokok bunga kertas...walaupun dah boleh berfikir tapi budak2 nie kalau dah seronok tak pikir pasal bahaya dah...


berbasikal bersama sepupu...

seronok dapat peluk cikaro...hehehe..dua2 tak reti naik basikal...tok mama tolong jaga dari belakang...



best lepak atas pondok..

full view pondok...pondok nie abah aku buat ..100 % hasil kerjatangan sendiri..belum siap sepenuhnya...tangga tak pasang lagi..


akhirnya....dah penat main...abang irfan dah tak berdaya...kat meja tulis pun boleh buat tempat tido...

Tuesday, 10 May 2011

sambungan entri cuti

aku ambik kesempatan dari cuti nie untuk tunaikan hasrat wife yang mintak tolong tukar/gantung langsir yang dah lbh kurang 6 bulan tak berganti...sebenarnya dah lama wife aku mintak tolong...tapi aku buat kisah tak kisah je...tak sempat pun ye jugak...hari sabtu ngan ahad lepas aku kena kerja...so nie kira qada balik le..



sebelum ditukar

dalam proses...

dan ini lah hasilnya....


CUTI

hari nie aku lepak sengsorang kt umah....sambil layan astro beyond...pagi tadi ..rutin mcm biasa bagun tido jer terus masuk bilik air...tapi tah mcm mana lepas tu aku kluar balik...badan rasa semacam... belum sentuh air dah rasa sejuk menggigil...dah tu plus dengan selsema dan batuk...ishhh..dok berbelah bagi nak g kerja ke tak...

pastu aku teruskan jugak perancangan awal ...(ko kena kerja la sazali ,hari nie ko banyak kerja kt jabatan tu)..so dengan perasaan berat hati dan dipaksa diri sendiri ,aku teruskan jugak menggagahkan diri demi karier masa depan ku...hehehehe

lps dah siap2 pakai uniform..dan mcm biasa jugak kena siap2 anak sulung nak p tadika..badan nie rasa semakin letih ...batuk semakin bermaharaja lela...cairan didalam hidung seolah2 tak sabar nak keluar dengan sesuka hatinya...penangan mandi air sejuk la nie...

dan keputusan yang aku ambik sebelum pukul 8 pagi tadi adalah...AMBIK EL(cuti kecemasan ) ...sms aku hantar kt incharge di jabatan..."HAJI, HARI NIE SAYA EL....TAK SIHAT''...dan jawapan yang diterima cukup memberangsangkan...hehehe..."BAIK"...ringkas dan padat...aku cukup respect kat incharce aku nie...orang nya cukup bertoleransi dan senang berbicara...

dan hari nie dengan secara rasminya diumumkan bahawa .....AKU SEDANG BERCUTI...

Friday, 6 May 2011

aktiviti mlm nie

ada 3 benda yang tengah diperhatikan sekarang...yang pertamanya semestinya di hadapan laptop..
kedua ... sambil-sambil tu jeling-jeling  astro beyond channel sport, dan yang ketiga... tgh perhatikan jugak si iman (anak bongsu yang berusia 5 bulan)
my wife (Pn Anis) kluar jap shopping ngan kengkawan dia...malas aku nak ikut ...
ye la kalau dah shopping tu mesti le lama...dah agak2 shopping complex tu nak tutup baru  nak  balik...hehehe...
dan alasan sebenarnya yg membuatkan aku malas nak ikut sbb malam nie ada siaran langsung badminton malaysia open kat astro....dan x lupa jgk siaran maharajalawak...uihhh yg tu x pernah miss le...

Thursday, 5 May 2011

bear kecik yg comel...

jadual kerja hari nie kena lepak kat bilik scan tulang...ada le 6 orang pesakit...

dan yang bestnya lepas buat scan,ada le sorang pesakit nie (aku panggil auntie) dengan senyum simpulnya

ucap terima kasih  ...

lps tu dia keluarkan satu bungkusan plastik dari handbag  ....jeng...jeng..jeng....dengan sopan santun penuh

budi bahasanya dihulurkan seekor koala bear kecik kat aku....hahaha..bestnya...koala bear tu siap pegang

bendera Australia lagi...tq..tq untie...

Wednesday, 4 May 2011

jika anda seorang blogger

[image[3].png]


AKU DAPAT BANNER NI DARI  ......  www.santaibenashaari.com

Untuk maklumat lanjut , sila klik SINI

birthday dan h.phone

Entry khas buat isteri terchinta….

Semalam 3 hb mei  .genap le usia wife aku yg ke 30 tahun…so…makna nya.

Pertama…..kena le wish happy birthday ……untuk isteri ku yang terchinta 

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN,SEMOGA DI PANJANGKAN UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI HENDAKNYA…(wish yg ringkas dan simple )

Kedua....celebrate kat mana2 asalkan jgn kedai mamak ,sbb minah sorang nie kureng skit ngan mamak stall… dan yang bab celebrate nie ditangguhkan dahulu atas sebab2 yang x dapat dielakkan…mungkin malam nie kot ..

Dan yang ketiga ....kena bagi birthday gift…..

Setelah dipikirkan berjuta2 kali…akhirnya keputusan yang drastic,jitu dan tepat diputuskan untuk membeli sebuah telepon jenama NOKIA C3,sebagai hadiah birthday….ermmmm puas ati kamu yeee..dapat hadiah handphone lagi....





Monday, 2 May 2011

bergaya ngan kasut bola


.konon2 gaya mcam star  le tu..hehehehe...


puas hati mamat sorang nie dapat kasut bola...jenama NIKE pulak tu...susah nak dapat boot saiz budak2..
dan akhirnya hajat terlaksana walaupun terpaksa meredah sehingga ke padang besar,perlis  semata2 untuk sepasang kasut bola....walaupun bundle tapi masih mcm baru...



Thursday, 28 April 2011

lif

semalam sewaktu nak naik lif, terpandang satu memo yang dilekatkan di dinding lif...memo tanpa nama siapa si penulisnya...antara kandungannya...dilarang buang sampah,dilarang conteng,dilarang mengotorkan lif..

kebiasaannya lif dijadikan tempat untuk berkarya,berpuisi,bermadah,memaki,mencarut meluahkan ketidak puaan hati
yang tu antara perkara2 yang biasa berlaku kat mana2 lif pun..kadang2 lif jugak dijadikan tandas tanpa berbayar bagi golongan insan yang tiada kesedaran sivik.
jijik,tapi nak buat mcm mana ,terpaksa naik jugak..takan le nak menapak naik tangga kalau stay kt tingkat 20...

so,moh le sama2 kita jaga harta benda perkongsian bersama....

semalam~~

semalam hari yang amat meletihkan...penuh dengan aktiviti....kerja,beriadah dan berderau...
pagi~~ini lah rutin kerja di hari rabu...buat ujian strest test kat pesakit...kebanyakan pesakit semalam ramai yang x fit...so kerja bertambah jadi complicated...tepat2 pkl 12.00 tgh hari habis ujian...sempat le nak p ambik anak dari tadika


petang~~buat scan ...abih scan pukul 5.30 ptg

lps kerja~~lepas ambik anak kt rumah pengasuh terus siap2 nak p main futsal pulak...dah x sempat nak mandi..game start pukul  6ptg....




malam~~kena nolong sorang kawan nak pindah rumah...mak oii ..amat2 meletihkan...

pengakhiran segala penat lelah yang diharungi sepanjang hari...so pukul 3 pagi ~~~tidooooooooooo....







gambar dari en google

Thursday, 21 April 2011

harga emas kekal tinggi

berita harian,khamis 21 april 2011
ekonomi m/s 21

HARGA EMAS KEKAL TINGGI
harga emas buat pertama kali dalam sejarah melepasi paras AS$1,500(RM4,524) seauns semalam,.....


fuhhhh...naik lagi...




yang nie dinar emas (dinar kelantan) yang aku beli pada bulan tujuh tahun 2009 dgn harga RM 469....yg nie old version sblm keluar yang baru...skrang nie harga untuk satu dinar kelantan RM 697.....

 aku bukan expert dalam bab2 pelaburan emas nie,tapi emas nie aku buat sebagai simpanan @pelaburan masa hadapan...biar pun ada sekeping dua yang penting ......TETAP ADA....

untuk maklumat lanjut tentang pelaburan emas sila lawat link nie http://www.inspirasiemas.com/
(pemilik link tu merupakan rakan sekerja aku.)

adidas N nike


malam nie maen futsal lagi...minggu lps nya kasut futsal dah koyak rabak...so nie la pengganti buat penemam nak main nanti...NIKE TIEMPO...tunggu le wahai rakan2 sepermainan ku...minggu lepas baru main 20 minit dah jaring 3 bijik gol...minggu nie lebih sikit kot....







dah alang2 beli kasut untuk diri sendiri,terpandang sepasang kasut adidas untuk baby...pe lagi sambar le satu...nice n ciut...yang nie pun last stock punye...nasib baik le muat untuk my baby....




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...